Powered By Blogger

Thursday, July 4, 2013

Scan 2D

Malam tadi, 3 Julai 2013 jam 8.00 malam.

Aku pergi Klinik Dr. Maria dekat alamanda sinun tu untuk buat medical check up renew contract + scan  2D nak jengah baby. awww =) mostly service kat sane memang selesa dan cepat. Kebetulan semalam Dr. Maria sendiri yang check aku. aku boleh label doctor ni, cepat dan pantas lah. Service pun bagus. Klinik pun ok dan sgt selesa.

Pasal scan baby pulak, bila doc letak je jel dekat perut and nak start scan, aku rasa macam nervous tak tentu pasal. risau sume ade. mata aku terus terbuntang dekat screen bila nampak ada kantung. dalam kantung ada baby yang comel tengah goyang-goyang tangan, goyang-goyang kaki. wow!! sebenarnya aku pun macam xpercaya. Tetiba doc cakap " ok syafinaz, kita dengar heartbeat baby pulak ok?" aku terdiam ! nervous ! "dup..dup..dup..dup'' "u dengar tak syafinaz? xpe, doc kuatkan speaker" "dup..dup..dup..dup'' masa tu rasa nak berjurai ayaq mata abaq hanggggggg ! korang bayangkan ada hamba ALLAH yang sihat dan comel dok dalam perut aku.. weh, ini serious ok !

Doctor Maria printkan lah gamba baby untuk aku. aku keluar2 je dari bilik Dr. Maria, aku pun gaya2 macho tunjuk gamba tadi dekat asyraf. cehhh, laki aku senyum sampai ke telinga. Mesti dia bangga nak jadi "papa". ouh papa!

No comments:

Post a Comment