Malam tadi, 3 Julai 2013 jam 8.00 malam.
Aku pergi Klinik Dr. Maria dekat alamanda sinun tu untuk buat medical check up renew contract + scan 2D nak jengah baby. awww =) mostly service kat sane memang selesa dan cepat. Kebetulan semalam Dr. Maria sendiri yang check aku. aku boleh label doctor ni, cepat dan pantas lah. Service pun bagus. Klinik pun ok dan sgt selesa.
Pasal scan baby pulak, bila doc letak je jel dekat perut and nak start scan, aku rasa macam nervous tak tentu pasal. risau sume ade. mata aku terus terbuntang dekat screen bila nampak ada kantung. dalam kantung ada baby yang comel tengah goyang-goyang tangan, goyang-goyang kaki. wow!! sebenarnya aku pun macam xpercaya. Tetiba doc cakap " ok syafinaz, kita dengar heartbeat baby pulak ok?" aku terdiam ! nervous ! "dup..dup..dup..dup'' "u dengar tak syafinaz? xpe, doc kuatkan speaker" "dup..dup..dup..dup'' masa tu rasa nak berjurai ayaq mata abaq hanggggggg ! korang bayangkan ada hamba ALLAH yang sihat dan comel dok dalam perut aku.. weh, ini serious ok !
Doctor Maria printkan lah gamba baby untuk aku. aku keluar2 je dari bilik Dr. Maria, aku pun gaya2 macho tunjuk gamba tadi dekat asyraf. cehhh, laki aku senyum sampai ke telinga. Mesti dia bangga nak jadi "papa". ouh papa!
Thursday, July 4, 2013
Tuesday, July 2, 2013
Tips elak muntah ketika hamil
Seperti entry sebelum ni, aku ada sebut yang aku tak kena "morning sickness" seperti kebiasaan orang mengandung yang lain. Tapi, aku just nak share tips mencegah muntah ketika hamil. Mungkin boleh diguna pakai oleh bloggers a.k.a "mummy to be" ketika awal kehamilan. *itupun kalo ada blogger yang singgah sini* haha =)
1) Biskut Cracker : Makan sejurus kita bangun tidur. Ini akan membantu menyerao asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah
2) Makan makanan ringan setiap 2 jam : memastikan perut tidak kosong dan tidak terisi dengan asid yang mengakibatkan loya
3) Legakan perut dengan makanan yang berhalia untuk hilangkan loya / meneutralkan perut
4) Asam / Jeruk boleh melegakan loya. itu pasti ! tapi jangan banyak sangat dan makan terlalu ikut perasaan ye.
5) Tidur boleh mengelakkan loya
6) Jumpa doctor untuk ambil ubat mencegah muntah *sekadar gambar hiasan*
Monday, July 1, 2013
Cerita Kahwin
Kali ni aku nak cerita pasal kahwin kahwin. Syok kahwin ni ! Kalau tauk lah macam ni rupenya syok kahwin, umur 18 thn lagi aku dah kawin dah #macam mak aku nak bagi# ! haha. 9 tahun kenal couple break + couple break mmg tak best ! dari merisik - bertunang mmg mcm2 masalah. sampai masa nak nikah, ibu yang paling excited prepare wedding aku. aku just bagitau, nak konsep & Tema apa utk wedding, semua ibu siapkan. best kan? ibu cakap, aku sediakan duit je. gitewww!! preparation semuanya sendirian berhad. =)
Paling bosan bila tiap-tiap minggu, pergi nilai 3 - SSF puchong ! kalau sekarang pergi lagi, komfem muntah darah. Aku nak share beberapa gambar nikah + kahwin. Sila lah tengok tanpa minta apa-apa bayaran. hehehe..
Nikah : 01 Mac 2013 (Jumaat)
Bersanding : 03 Mac 2013 (Ahad)
Baju Nikah + Sanding : MinazBoutiqueStudio
Photographer : Puteh Studio
MUA : Azie Cun

2 Bulan 1 Minggu
Alhamdulillah, di usia kandungan aku 2 bulan 1 minggu ni, aku tak de lah mengidam yang pelik. Mostly makanan yang aku mengidam semuanya senang nak dapat. Nak kata morning sickness tu pun aku tak ada. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya.
TETAPI :
1) dari matahari terbit sampai terbenam, asyik pening + mual
2) lapar sepanjang masa sampai perut krem
3) angin keluar atas bawah, sendawa + kentut !
4) kerap buang air kecil. kadang2 sampai kencing tak lawas. memang sakit
5) pinggang sakit + bontot sakit + "ehem" sakit
6) tak boleh duduk lama-lama. cepat rasa tak selesa
7) badan lenguh-lenguh apelagi kalau duduk kat dalam kereta. macam-macam posisi
8) tak boleh bau kereta
9) tak boleh duduk dalam aircond
10) selekeh
ngam 10 simptom aku bagi ! asyraf orang yang paling banyak support aku. Dia kata nak jadi suami yang baik. Alhamdulillah ! tunggu lagi 7 bulan ye. harap-harap suami tak jemu. I love you suami !
Thursday, June 27, 2013
Ouh suami !
18 : 50 pm
Asyraf call tetiba padehal baru call setengah jam lepas. Terdetik jugak,, rindu kot laki aku kat bini dia ni. Aku pun dengan suara belagak jawab telefon dengan macho as usual !
Suami : sayang, kali ni, awak mesti tolong saya. KENA TOLONG !
Aku : eh. Kenapa ni? # aku start cuak rasa macam nak berak dah
Suami : tolong buatkan saya TRIFFLE macam aritu. Esok saya ada potluck.
Haih... Kenapalah tak cakap esok pagi je kan. Ouh lah suami,, bini kat umah ribut cari bahan nak buat triffle yang ado ado je tu. ok ! Malam ni kita buat triffle sedap sedap. kOMFEM !

27 Jun 2013
As-Salam,
Ini blog aku yang ketiga kalinya selepas dua kali gagal dalam dunia blog. Kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas. Dan ini adalah entry yang pertama buat tahun 2013. Harap-harap blog ini adalah yang terakhir. phewwww !

Subscribe to:
Comments (Atom)